Wednesday, March 31, 2010

Name Card Warning - BURUNDANGA..


     NAME CARDS    


Please be careful.  Yesterday, I was at the Carrefour carpark after shopping and about to start the car engine. Suddenly, one man appeared holding a name card and asking me to wind down the window to give me the name card. I refused using the sign language but he kept on pestering. I was terrified and quickly started the engine and sped off. Fortunately, I locked the car doors immediately I got in...

Thank you for the warning email I received earlier.
Rgds,
May


Subject: NAME CARDS
 

Must Read and Please be careful out there !!

A man came over and offered his service as a painter to a female putting gas in her car and left his card. She said no, but accepted his card out of kindness and got in the car. The man then got into a car driven by another gentleman.

As the lady left the service station, she saw the men following her out of the station at the same time.
 
Almost immediately, she started to feel dizzy and could not catch her breath. She tried to open the window and realized that the odor was on her hand; the same hand which accepted the card from the gentleman at the gas station.

She then noticed the men were immediately behind her and she felt she needed to do something at that moment. She drove into the first driveway and began to honk her horn repeatedly to ask for help.The men drove away but the lady still felt pretty bad for several minutes after she could finally catch her breath. Apparently, there was a substance on the card that could have seriously injured her.


This drug is called
'BURUNDANGA' and it is used by people who wish to incapacitate a victim in order to steal from or take advantage of them.

This drug is four times more dangerous than the date rape drug and is transferable on simple cards.
 

So take heed and make sure you don't accept cards at any given time alone or from someone on the streets. This applies to those making house calls and slipping you a card when they offer their services .
 

PLEASE SEND THIS E-MAIL ALERT TO EVERY FEMALE, OR EVEN MALE THAT YOU KNOW




 


Sunday, March 28, 2010

HIDANGAN KAKI KATAK DALAM MI DI SEBUAH KOPITIAM TERKENAL



Memang kembang tekak tengok kaki tu.. Nasib baik aku bukan jenis yang suka makan kat kopitiam. Kalau tak silap, cuma ada dua kopitiam je yang dapat sijil halal iaitu Jonker Walk Kopitiam dan Pak Hai Lam Kopitiam. Yang lain tu... faham-faham je la...



KUALA LUMPUR 19 Mac – Sanggupkah anda menikmati hidangan mi goreng berlaukkan kaki katak seperti insiden yang menimpa seorang pelajar lelaki ketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di sebuah kopitiam di Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz, 23, terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng yang dinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu.

Sejurus selepas kejadian itu, dia terus mengadu kepada juruwang di kopitiam berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pengurus kedai makan tersebut.

Katanya, beberapa pekerja kopitiam berkenaan telah mengambil gambar kaki katak dalam hidangan mi goreng itu selepas dia bertegas tidak akan memulangkan hidangan tersebut.

“Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut.

“Saya rasa tidak berpuas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukkan dalam menu makanan yang saya pesan.

“Malah, saya turut meminta pengurus itu menandatangani laporan yang telah saya buat untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun dia menolak dengan alasan arahan daripada pihak atasan,” katanya di sini hari ini.

Aliff kemudian turut mengambil gambar hidangan itu sebelum dibungkus dan dibawa pulang sebagai bahan bukti.

Berikutan insiden itu, dia membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Agama Islam Selangor serta satu laporan polis di Balai Polis Klang pada 14 Mac lalu.

Pelajar tersebut turut membuat satu aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada petang semalam.

Katanya, tindakan itu dibuat kerana dia tidak mahu insiden yang sama menimpa umat Islam lain supaya berhati-hati sekiranya berkunjung ke kopitiam.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sijil halal yang digantung di kedai-kedai kopitiam.

“Pihak kami berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha-pengusaha kopitiam yang masih berdegil memohon sijil halal bagi makanan dan minuman untuk dijual di premis mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.




Thursday, March 25, 2010

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) - AWAS......

Subject: Fw: SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) - AWAS......

General Info.....


Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif.  Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak (Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi.  Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.


sbs


Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)


SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.


Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).


Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

1.
   Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2.
   Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3.
   Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4.
   Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

Kiriman email dari rakan untuk dikongsi

TOLONG PANJANGKAN EMAIL INI KERANA KITA ADALAH MAHLUK ALLAH YANG PENYAYANG.....

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya   akan diikat mulutnya(meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat."

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi


Fw: Bila Si Suami hantar puisi halus kpd isteri utk kahwin


kena sedar diri... betul tak...hahahhahahah.... 
Hayati setiap ayat & perenggan yang ade……… Heheee….
 
Subject : Bila Si Suami hantar puisi halus kpd isteri utk kahwin lain.

PUISI
---

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauanku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain...


*** Balasan Puisi sang isteri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaranmu...


AKAN   TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan

cuma mancis saja!!!!!

please lah....!!!
 
jangan la nak beranga
n .........


"Muntahlah atas tangan Amid..."


MasyaAllah .   Bertuah ibu yang dapat anak macam Amid. Dari satu ibu lahir anak2 yang bermacam ragam dan kerenah . Pelik kan walhal ibunya sama  tapi anak2 yang lahir dari seorang ibu boleh punya fikiran dan citarasa yang berlain. Itu laa kebesaran ILahi . 


Semoga cerita begini sedikit sebanyak memberi kesedaran dan panduan..... . 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


"Muntahlah atas tangan Amid." 

17 tahun dulu. 

PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

"Kenapa kau nak berhenti sekolah?" soal saya.

Amid menundukkan kepala dan membisu. 

Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama.


"Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Amid nak jaga emak sampai akhir hayat," jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.

Saya tersentak mendengar jawapan Amid.

"isshhh. betul ke budak ni? 

Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis," hati saya berkata kata.


"Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?" pujuk saya lagi. 

Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak nakal.

"Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak tinggalkan mak," katanya separuh merayu.

Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau.


"Betul ke ni?" soal saya masih tidak percaya.

"Betul," balas Amid pula tanpa ragu ragu.


"Suka hati adiklah," kata saya selepas lama termenung. 


Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah. Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti kepada emak.
Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun. Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak. 

Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak. Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amidlah anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutur katanya, begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup, saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.


Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih dahulu. Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid. 

Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid. Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana, tetapi dia menolak. Katanya, biarlah dia tinggal bersama emak.
"Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak? Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak? Dia perempuan. Mana larat buat kerja yang berat-berat. Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki? Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing. Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL. Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah," kata Amid kepada saya.

Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya mengalah. Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur. Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu.

Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan mendahulukan emak. Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu. Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk menjaga hati Amid.

Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut. Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.

Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga emak. Maklumlah, kami di Kuala Lumpur. Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.

Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak terlantar. Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga. 

"Kenapa mak? Mak nak buang air ke? Lapar? Mak nak minum?" Amid akan bertanya pada emak.

Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air. Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena. Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam. Satu malam, cerita emak kepada saya lagi, ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya.

Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat-sangat. Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur. 

Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak tangannya. Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman. Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata. Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang. 

Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit. Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri. Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh sepenuhnya. 

Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah. Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari. Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah. Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah untuk memastikan lembu kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.

Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu. Katanya pada saya, buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.


Khamis 7 Oktober 2004

AJAL dan maut di tangan Tuhan. Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya. 


Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda. Amid meninggal dipanah petir. Ceritanya begini. Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar. 

Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang. Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.

Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan kandang haiwan itu. Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya, Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu itu.

Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak. Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.

Tiba-Tiba. prangggggg. tuuuuummmmt! Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat. Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.


Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu. Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di awang-awangan.

Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata, "Ya Allah. anak aku!"

Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di kebun. Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid. Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid. Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang.

Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.


Sampai di sana...

"Ya Allah, adik akuuuuuu!!!" jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.

Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali, tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku. Cerita Mek kepada saya. ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari waJahnya, sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.

Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah meninggal dunia. Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya. 

Cerita Mek, mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam. Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada. cerita Mek kepada kami lagi. 


Pagi Jumaat 8 Oktober 2004

PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu. Saya terma suk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid.

Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin. Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang. Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah Yasin. 


Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi. Ketika sedang khusyuk membaca Yasin. tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di kuburan itu. Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak. 

Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak berkicau. Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun. Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat. 

Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang serta-merta. Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah ghaib entah ke mana. Serentak itu saya terbau saw haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Baunya amat harum. Saya mencaricari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya. Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.

Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi. Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang. Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.

Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya, tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.

Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di akhbar atau majalah, pasti saya akan teringatkan sikap Amid.

Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir lebih dua tahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak. Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)". 

- Surah Luqman ayat 14. 

Wednesday, March 10, 2010

AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA


Emel ni rasanya dah lama. Tapi dapat ilham nak kongsi juga dgn suma. Sila baca yea...


Salam Sejahtera & Selamat Pagi, Ini adalah satu makluman yang ingin saya kongsikan bersama dengan harapan secara ikhlas agar makluman yang saya sebarkan ini dapat mewujudkan satu keberwaspadaan kepada semua akan
TAKTIK-TAKTIK TERBARU yang digunapakai penjenayah untuk MEMPERDAYAKAN MANGSA SECARA MENGEJUT, yang berkemungkinan boleh terjadi dimana mana dan kepada sesiapa saja! Saya Berharap Agar Ia Tidak Berlaku Kepada Sesiapa Yang Membaca makluman ini!
AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA

Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita.. Berhati2 semua terutama para wanita.

Bahaya....!!!

Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA
CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA


-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan..... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai
dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi. Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN


Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.