Monday, June 20, 2011

Sila hati2 - today's news in Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.


Untuk yang tak kenal rupa 2 jenis sauce ni, sila lihat gambar di bawah.



Note: Pembekal produk mendakwa produk tiruan sebenarnya yang mengandungi DNA babi sebagaimana yang dilaporkan. Namun, lebih elok kita sebagai pengguna mengelak dari menggunakannya kerana menjauhkan diri dari perkara syubhah itu adalah dituntut dalam agama sebagaimana Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya: Tinggalkanlah barang yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment